KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

Dikritik Adegan Berpeluk Dengan Aiman, Ini Jawapan Emma Maembong... Memang Dah Agak !

loading...


Membawa imej berhijab pasti sukar untuk mengelak daripada adegan bersentuhan. Menyedari apa yang dilakukannya bertentangan dengan penampilan, Emma Maembong bersedia menerima kritikan negatif selepas tindakannya melakukan adegan peluk dan berpegangan tangan bersama heronya, Aiman Hakim dalam filem terbaru Kimchi Untuk Awak.

“Saya bersedia terima nasihat atau kritikan penonton yang menganggap lakonan saya itu bertentangan dengan imej saya sebagai wanita berhijab. Saya sendiri akui ia memang salah, namun saya enggan komen tentang perkara itu kerana ia biarlah antara saya dengan tuhan sahaja”

“Penonton tidak tahu bagaimana saya cuba mengelakkan adegan-adegan seperti itu dalam setiap lakonan saya, tapi dalam keadaan tertentu saya akui gagal berbuat demikian. Saya tidak salahkan siapa-siapa dalam hal ini kerana pilihan memang ditangan saya sama ada saya mahu buat atau tidak,” katanya kepada m Star Online berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, Emma menjelaskan bahawa beliau akan cuba untuk menjadi wanita Muslim yang lebih baik namun pilihannya untuk bertindak sedemikian dalam filem terbabit ditentukan oleh dirinya sendiri. Mungkin sebagai orang luar, kita tidak tahu situasi sebenar beliau. Semoga Emma terus bersabar dengan kritikan orang ramai. 
loading...

0 Response to "Dikritik Adegan Berpeluk Dengan Aiman, Ini Jawapan Emma Maembong... Memang Dah Agak !"

Post a Comment