loading...
Selebriti Hafiz Hamidun telah membuat pengumuman bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang wanita yang bergelar ibu tunggal.
Menurutnya, tiada sebarang majlis pertunangan akan dibuat. Penyanyi ini merancang untuk bernikah terus sebelum Ramadhan ini.
Ini kenyataan rasmi beliau:
“Bagi pihak saya, memang dirancang untuk menikah sebelum Ramadan dan majlis resepsi akan diadakan selepas raya tahun ini.
“Saya tak rancang untuk bertunang, sebaliknya mahu terus bernikah. Saya berdoa semoga perancangan saya untuk berkahwin kali ini berjaya.
“Kami kenal antara satu sama lain sudah lama. Tapi sejak dua bulan lalu kami mula berkawan dengan serius.
“Dia yang pernah berkahwin dan mempunyai anak sudah tahu mengenai hala tuju hubungan kami. Saya juga sudah memberitahu niat ikhlas saya untuk memperisterikannya.
“Sebelum ini saya tak pernah fokus mengenai hal peribadi. Saya sedar perancangan sebelum ini tak menjadi kerana asyik sibuk dengan karier. Tapi kali ini saya serius, saya sudah bersedia untuk kahwin”.
Identiti bakal isterinya masih lagi dirahsiakan. Apapun, tahniah diucapkan kepada Hafiz Hamidun dan pasangan. Semoga segala yang dirancangkan berjalan dengan lancar nanti.
Sumber asal: beritamemey.blogspot.com
loading...
0 Response to "Hafiz Hamidun Akhirnya Mengumumkan Akan Menamatkan Zaman Bujangnya Hari Ini!! Tapi Dengan Siapa ??? Jangan Terkejut!!!"
Post a Comment