SEPANG - Individu yang mengelarkan dirinya Raja Bomoh Dunia sekali lagi tampil dengan ritual terbaru untuk menyelamatkan negara ini seandainya di serang Korea Utara.
Menurut Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin selain memastikan maruah serta kedaulatan negara dipertahankan, ritual tersebut bertujuan untuk memastikan 11 rakyat Malaysia yang ditahan sejak 7 Mac lalu dibebaskan dalam masa terdekat.
"Ritual Datuk pada kali ini untuk bertujuan untuk memagar (melindungi) Malaysia dari sebarang ancaman atau serangan negara luar khususnya Korea Utara.
"Selain daripada itu, upacara ini juga untuk melembutkan hati pemimpin tertinggi Korea Utara agar segera membebaskan 11 rakyat Malaysia ditahan sekaligus memulihkan isu yang semakin berlarutan ini" katanya kepada portal Smasa News sejurus selepas ritual tersebut diadakan petang tadi.
Dalam ritual tersebut Ibrahim bersama beberapa orang pengikutnya dilihat mengunakan teropong, 2 biji kelapa dan 5 buah meriam buluh sebagai simbolik selain berdoa bagi memastikan keselamatan rakyat di negara ini.
"Ritual yang Datuk lakukan ini bukan untuk memprovokasi mana-mana pihak, tapi hanya sekadar langkah awal bagi memastikan konflik ini dapat diselesaikan segera.
"Sebab itu Datuk hanya guna meriam buluh sebagai simbolik dan petua orang dahulu kala ketika diancam pihak musuh," katanya lagi.
Ibrahim turut menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk sama-sama mempertahankan maruah negara dalam menghadapi ancaman Korea Utara.
Hubungan diplomatik antara kedua negara mula terjejas berikutan pembunuhan Kim Jong nam, abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara yang dibunuh menggunakan agen saraf VX di lapangan terbang antarabangsa (KLIA2), 13 Februari lalu.
Berikutan itu, kerajaan mengusir Duta Korea Utara, Kang Chol dalam tempoh 48 jam kerana berterusan bertindak membuat tuduhan tidak berasas kepada negara dan menggelarkannya Persona Non Grata.
Walaubagaimanapun, Korea Utara bertindak balas dengan menahan 11 rakyat Malaysia di Korea Utara, namun dua daripada mereka selamat keluar daripada sana dan kini berada di Beijing.
0 Response to "VIDEO: RAJA BOMOH GUNA MERIAM BULUH JIKA DISERANG NUKLEAR KOREA UTARA"
Post a Comment