KLIK [X] 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close

(VIRAL) Patut la Menyanyi Pakai Topeng....Kantoi!!!Ini Rupanya Wajah Sebenar Penyanyi Encik Mimpi Pasti Anda Terkejut Beruk Melihatnya.....

loading...

Encik Mimpi satu nama artis selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan tanah air, beliau menampil imej lelaki bertopeng seperti Bandi Amuk.

Pasti gadis-gadis di luar sana tertanya-tanya bagaimana agaknya rupa disebalik topeng Encik Mimpi dan siapakah sebenarnya lelaki budiman yang bersembunyi di sebalik topeng tersebut.



Akhirnya dia akur mendedahkan nama selepas empat tahun menggunakan identiti Encik Mimpi iaitu lelaki di sebalik topeng putih setiap kali membuat persembahan atau menghadiri majlis.

“Nama saya Mohd Azam Zamri dan berusia 26 tahun dan saya berasal dari Kuala Lumpur,” katanya di majlis pelancaran album Encik Mimpi-Selamat Malam Cinta di ibu kota, kelmarin.

Pendedahan itu mengundang perhatian kakitangan pengurusan Encik Mimpi Production (EMP) termasuk pengedar kandungan digital Indigital Sdn Bhd yang menunjukkan reaksi terkejut.

Kata Encik Mimpi, dia tiada masalah untuk mendedahkan namanya sebelum ini, tetapi kerana mahu mengekalkan imej misteri yang dikenali oleh pengikut setianya di blog, YouTube dan akaun laman sosialnya yang lain, dia lebih selesa dikenali dengan nama penanya itu.

“Saya akui mula-mula melangkah masuk dalam industri muzik, saya masih mentah dan tidak faham etika kerja wartawan khususnya akhbar yang perlu merekodkan nama penuh. 

“Semakin kerap saya berurusan dengan mereka, semakin saya faham kerja mereka dan kebanyakan wartawan menghormati apabila diminta merahsiakan identiti saya asalkan kita berterus terang dengan mereka.

“Dulu saya tidak faham, kalau buat pendedahan nama sebenar mungkin ia membunuh elemen misteri yang menjadi identiti Encik Mimpi. Tetapi, saya sekarang sudah lebih terbuka untuk berkongsi nama penuh saya,” katanya yang masih merahsiakan maklumat lain untuk terus kekal dengan imej sedemikian.

Mencuri perhatian umum dengan pelbagai video parodi serta video nyanyian lagu-lagu saduran di YouTube, percubaan Encik Mimpi menghasilkan lagu sendiri turut mendapat sambutan luar biasa.

Kami paparkan beberapa keping gambar Encik Mimpi tanpa memakai topeng yang tidak pernah di lihat oleh pemilik lagu “Rindukanlah” yang digunakan sebagai lagu OST “Playboy Itu Suami Aku”.
loading...

0 Response to "(VIRAL) Patut la Menyanyi Pakai Topeng....Kantoi!!!Ini Rupanya Wajah Sebenar Penyanyi Encik Mimpi Pasti Anda Terkejut Beruk Melihatnya....."

Post a Comment